Header Ads

test

TERLANTAR DI KATIL, HILANG INGATAN AKIBAT KEMALANGAN



GURUN - Dia bukan sahaja terlantar di katil sebaliknya juga hilang ingatan selepas mengalami kemalangan.


Itu nasib malang menimpa pelajar Maktab Mahmud Alor Setar, Muhammad Mu’iz Zakaria, 17, selepas terbabit dalam kemalangan, bulan lalu.


Lebih menyedihkan, kemalangan ini dia menyebabkan kecederaan yang serius di kepala dan beberapa anggota badan yang lain mengakibatkan dia terlantar di katil.


Nasib yang menimpanya ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Jerai, YB Sabri Azit yang hadir menziarahi di kediaamannya di Paya Mengkuang, Gurun, pada Isnin.


Menurut beliau, Bapanya, Zakaria Salleh tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja kampung.


“Saya juga hadir menghulurkan sumbangan berupa kewangan bagi meringkan beban mereka. Kita harap sedikit sumbangan itu dapat mengembirakan mereka dan kita memohon agar mereka dikuatkan semangat menghadapi ujian ini,” ujarnya di Facebook rasmi beliau.

Tiada ulasan