Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI MINTA PENGANJUR KEDAH FASHION WEEK BERI PENJELASAN



ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, YB Dato’ Dr. Mohd Hayati Othman meminta penjelasan berhubung penampilan model yang menjolok mata ketika Kedah Fashion Week (KFW22) berlangsung.


Katanya, semakan awal telah menyatakan bahawa penganjuran ini tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.


“Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fashion Week yang menampilkan model dengan pakaian yang menjolok mata. 


“Setakat semakan yang dibuat, pihak penganjur didapati tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya,” ujarnya di Facebook rasmi beliau, semalam.


Tegasnya lagi, tindakan akan diambil kepada penganjur jika tidak menepati syarat dan kelulusan yang ditetapkan.


Memetik laporan sebuah media tempatan pada 4 Ogos, beliau telah menasihatkan penganjur KFW22 untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan melalui melalui lesen hiburan yang dikeluarkan Pejabat Daerah Kota Setar.


Katanya, sewajarnya pakaian yang diperagakan mestilah sopan dan tidak menjolok mata.


"Walaupun pertunjukan fesyen antara acara yang dibenarkan di dalam Enekmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 diharapkan pakaian yang diperagakan mestilah sopan bersesuaian dengan budaya timur," katanya.


Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan KFW22 di luar bidang kuasa pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) manakala urusan kebenaran dan lesen dikeluarkan oleh pejabat daerah.


Katanya, MBAS hanya menjalankan tugas pemantauan untuk memastikan syarat serta peraturan yang ditetapkan dipatuhi pihak penganjur.

Tiada ulasan