Header Ads

test

NAIK TARAF TELAGA BERI KESELESAAN PENDUDUK


MERBOK – Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tanjung Dawai mengambil inisiatif menaik taraf telaga wakaf rakyat dan sistem perpaipan di Kampung Pengkalan Kakap bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.


ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Haji Ghazali berkata, pemasangan ini melibatkan pemasangan tangki yang mampu menampung 1000 gelen air serta perpaipan yang lebih efisyen.


“Telaga ini bukanlah yang pertama dibangunkan oleh pihak PKWR. Sejumlah 30 telaga berjaya dibina yang telah dimanfaatkan oleh masyarakat.


“Tidak dilupakan jasa Haji Sudin, Shukri Husinmdan pemuda-pemuda yang menjayakan projek ini,” ujarnya lagi.


Jelasnya lagi, pembinaan telaga ini merupakan inisiatif jangka panjang sementara menantikan projek Loji Rawatan Air Bukit Selambau siap pada tahun hadapan.

Tiada ulasan