Header Ads

test

KERAJAAN PERKASA KESELAMATAN, KESIHATAN PEKERJAAAN INSTITUSI TAHFIZ


 


SEPANG - Kerjasama antara Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) adalah penting dalam usaha memperkasa kefahaman dan pengamalan kepada penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) (OSH-Coordinator) yang bakal dilantik.


Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Awang Hashim berkata, kerjasama erat ini menekankan pendedahan aspek KKP bagi memberi kefahaman dan kesedaran dalam bidang keselamatan dan kesihatan, persekitaran kerja yang selamat dan sihat kepada para guru, pentadbir dan murid di institusi tahfiz.


“Pelantikan sebagai  penyelaras KKP (OSH-Coordinator) di bawah MNKKP bakal merubah landskap persekitaran kerja institusi pendidikan pusat tahfiz dan secara tidak langsung akan meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat terhadap pusat-pusat tahfiz di Malaysia.


“Saya berharap agar inisiatif ini dapat diteruskan dan dapat disebarluaskan kepada institusi-institusi pendidikan agama islam yang lain,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus OSH Coordinator untuk Pusat Tahfiz bagi Tahun 2022 yang berlangsung di Sama-Sama Hotel, KLIA, pada Sabtu.


Katanya, bagi memastikan inisiatif memperkasakan KKP di institusi pendidikan agama Islam di Malaysia mencapai matlamat ditubuhkan satu Jawatan kuasa Kerja Khas Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi Pusat Tahfiz di bawah MNKKP.


“Jawatankuasa ini akan disertai oleh beberapa tenaga pakar yang bertauliah serta kompeten dalam bidang KKP dan berperanan memberi nasihat dan pandangan kepada pengerusi MNKKP bagi hal-hal yang berkaitan pengurusan dan perlaksanaan KKP di pusat-pusat tahfiz seluruh Malaysia. 


“Semoga usaha dan kerja amal kita ini dipermudahkan demi membantu anak-anak pelajar, guru-guru, serta semua pihak yang terlibat dalam institusi pendidikan termasuk di pusat-pusat tahfiz serta institusi pendidikan Islam yang lain mendapat tunjuk ajar sewajarnya. Usaha kita untuk mencegah sebarang musibah kerana inilah yang dianjurkan dalam Islam,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan