Header Ads

test

SEHARI BERSAMA RAKYAT DUN MERBAU PULAS

KULIM -  Selepas dua tahun tidak dapat mengadakan program bersama rakyat berikutan pandemik COVID-19 Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Merbau Pulas ambil kesempatan berprogram bersama rakyat.


ADUN Merbau Pulas, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, program bersama rakyat ini disediakan dengan pelbagai acara yang disertai oleh kanak-kanak hingga ke warga emas.


“Alhamdulillah, saya tidak sangka dengan sambutan hangat daripada para penduduk. Hampir 1000 orang terdiri daripada kanak-kanak hingga warga emas yang hadir ke program tersebut. Pelbagai aktiviti dan acara yang dipertandingkan untuk semua peringkat dari yang muda hingga yang tua,” ujarnya kepada media selepas Program Sehari Bersama Rakyat YB ADUN Merbau Pulas  yang bertempat di Sidam Kanan, Padang Serai, pada Sabtu.


Dalam program tersebut turut disampaikan Wang Khairat Kematian dan serahan Beras Sejahtera.


“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung yang hadir dan sekalung penghargaan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan pakatan Kampung Sidam Kanan yang bertungkus lumus menyediakan juadah makan tengahari dan juga membantu melancarkan program,” ujarnya lagi.

 

Tiada ulasan