Header Ads

test

PERTANIAN DI KEDAH JAMIN ‘FOOD SECURITY’ DI MALAYSIA


SERDANG - Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, fokus utama kerajaan negeri pada masa ini adalah untuk memacu Kedah sebagai negeri yang menjamin ‘food security’ di Malaysia bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat bekalan makanan yang cukup.


Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan di Program Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show (MAHA) 2022 bertempat di Pavilion Kedah, MAEPS di sini hari ini.


Tambahnya lagi, jabatan pertanian dan agensi yang berkaitan sedang berusaha untuk memperkembangkan pengusahaan hasil pertanian serta memastikan dasar-dasar ‘food security’ negeri Kedah yang digubal pada bulan lepas dapat diimplementasikan khususnya bagi sektor padi.


Menteri Besar turut yakin bahawa penghasilan tanaman di Kedah dapat dipertingkatkan dengan penggunaan teknologi yang lebih moden pada masa kini.


Jelasnya, penggunaan jentera moden untuk pertanian ini memerlukan kemahiran sekaligus ianya dapat menarik minat golongan muda untuk turut menceburi bidang pertanian.


Mengulas tentang MAHA, katanya terdapat 37 jenis produk yang dipamerkan bersesuaian dengan keperluan ketika ini.


“Saya harap MAHA ini menjadi platform untuk industri pertanian berkembang dan saya dapati begitu banyak produk dari kedah yang mendapat sambutan hangat,” ujar beliau.


#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman


 

Tiada ulasan