Header Ads

test

LEBIH 400 HADIR MUNAJAT KELUARGA MALAYSIA PERINGKAT NEGERI KEDAH


ALOR SETAR - Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (B) menyertai lebih 400 jemaah di Pusat Dakwah sempena Program Munajat Keluarga Malaysia peringkat negeri Kedah.


Program anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu diadakan bagi bermunajat dan berzikir bersama rakyat.


Dato’ Najmi yang berjubah Melayu putih tiba di pekarangan Pusat Dakwah pada jam 8.20 malam dan disambut Pengarah YADIM, Ustaz Mohd Aizat Zakaria.


Dato’ Najmi kemudian menyertai jemaah menunaikan solat Isyak yang dipimpin oleh Pengurus Pusat Dakwah Islam, Ustaz Abdul Malik Che Haat. 


Kemudian, majlis disusuli dengan bacaan zikir munajat dan qasidah yang dialunkan oleh kumpulan qasidah pelajar Darul Hadis, Tok Keling.


Sementara itu, tausiyah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Kekeluargaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Dr. Syeikh Hazizan Mat Desa.


Pada program itu, Dato’ Najmi turut menyampaikan sumbangan bernilai RM5,000 kepada enam institusi agama yang hadir.


"Semoga Keluarga Malaysia terus bahagia ,sejahtera dan seterusnya menguatkan lagi penyatuan ummah kita InsyaAllah,” ujarnya.


Munajat Keluarga Malaysia dijalankan serentak di lima lokasi selain di Pusat Dakwah, iaitu di Putrajaya, Kedah, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.


Turut hadir, Yang Dipertua Yayasan Islam Negeri Kedah, Ustaz Dr. Fakhruddin Fakhrurrazi dan Pengurus Pusat Dakwah, Ustaz Syeikh Rodi Abd Rahman.


#keluargamalaysia 

#UPDA

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan