Header Ads

test

MANFAAT PELABURAN KEPADA RAKYAT KEDAH


ALOR SETAR - Rakyat Kedah berpeluang memperoleh pelbagai manfaat melalui pelaburan dalam negeri yang bernilai RM68.3 billion pada tahun 2021.


Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, YB Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata, pelaburan yang masuk ke Kedah ini dilihat banyak memberi peluang pekerjaan kepada rakyat serta menaik taraf penduduk tempatan.


Menurutnya, peluang pekerjaan di bahagian industri tidak ramai rakyat tempatan yang memohon. 


"Sangat rugi, bahagian ‘construction’ ini majoriti orang luar yang mohon gaji pun mahai tapi masalahnya orang tempatan tidak mau kerja di situ. Peluang pekerjaan itu dah ada cuma diperingkat kita sendiri perlu ambil peluang tersebut. Lepas ini, banyak lagi pekerjaan yang akan di bawa masuk.


“Dan saya selalu tekankan bila saya jumpa dengan pelabur-pelabur dan juga di mana-mana saya kata, kita bekerja keras untuk membawa pelabur masuk ke negeri kedah. Pertamanya untuk mewujudkan pekerjaan itu yang penting sekali dan seelok-eloknya biarlah orang Kedah, belia-belia Kedah yang kerja situ,” jelasnya.


Beliau berkata demikian ketika Wacana Eksklusif : Analisis pelaburan Kedah yang diadakan secara langsung di Facebook Urus Setia Darul Aman (UPDA), pada Ahad.


Katanya lagi, kesan pelaburan ini juga dapat dinikmati penduduk melalui produk hiliran khususnya penduduk tempatan dengan permintaan meningkat terhadap produk makanan dan keperluan harian.


“Bila tempat tu dia ada kilang macam Kulim Hi-Tech Park, sedikit demi sedikit akan maju. Sekarang dah maju, perumahan naik sana sini di komersialnya, kedai-kedai naik sana sini sebab duit gaji depa (pekerja) dapat di situ jadi boleh berbelanja. Jadi, benda-benda macam ni kadang-kadang orang tak nampak, pelaburan ini akan di ‘spin off’ gelombang itu makin luas, makin luas sehingga sampai ke Daerah Sik, Baling.


“Itu perkara yang perlu kita lihat dan lagi satu kalau ada kawasan perindustrian macam tu dia punya prasarana infra makin bertambah baik. Makin banyak jalan, jalan yang sempit jadi lebar itu semua nikmat yang di bawa oleh pelaburan. Kedai-kedai akan ditubuhkan sebab tu ‘overall’ ekonomi negeri Kedah akan meningkat dan peningkatan ekonomi ini akan memberi nikmat kepada rakyat negeri Kedah seluruhnya,” jelasnya panjang.


Beliau juga mengharapkan semua rakyat mengambil peluang dengan peningkatan pelaburan yang dialami Kedah yang menjadikan Kedah adalah destinasi terbaik untuk melabur.

Tiada ulasan