Header Ads

test

KERAJAAN TINGKATKAN KEMAHIRAN PELAJAR B40 MENERUSI PROGRAM STEM




KULIM - Usaha kerajaan dalam mengasah kemahiran pelajar B40 diketengahkan di dalam Program Mini Teater Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) 2022.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, pelajar seharusnya didedahkan dengan kemahiran berasaskan STEM agar mereka lebih berdaya saing dan berkaliber untuk mendepani cabaran kerjaya masa hadapan.


“Program Mini Teater STEM ini adalah platform untuk mengasah kemahiran teknikal dan memperlengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk menjual idea dengan penuh keyakinan. 


“Program ini memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar sekolah yang datang dari keluarga B40. Program ini mampu melahirkan prosumer, inovator, usahawan dan penyelidik yang berkualiti tinggi yang dapat menjana pendapatan sekali gus membantu keluarga mereka keluar daripada kepompong kemiskinan,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Mini Teater STEM 2022 di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL), Kulim Hi-Tech Park, pada Isnin.


Katanya, program ini mendapat sambutan amat baik daripada sekolah-sekolah dengan penglibatan seramai 100 pelajar kebanyakan daripada kalangan B40, 20 guru dan fasilitator universiti. 


“Selaku pemimpin kerajaan Negeri Kedah kami sentiasa mengalu-alukan dan menyokong usaha-usaha murni seperti yang telah dilaksanakan oleh pihak National STEM Association (NSA) termasuk dalam mengadakan kerjasama dan perkongsian pintar dengan intitusi pendidikan awam dan swasta dalam pembangunan program ini.  


“Saya amat yakin program seperti ini dapat membina kreativiti pelajar, kemahiran serta pemikiran STEM dalam melahirkan pelajar yang berjaya dalam usaha untuk melahirkan generasi pemain industri baharu yang berupaya untuk bersaing pada peringkat global,” tambahnya lagi.


Beliau turut berbangga dengan pencapaian yang telah diusahakan oleh pihak NSA bagi mencari potensi dari generasi mudah hari ini untuk dimanfaatkan dikemudian hari.

Tiada ulasan