MB KEDAH SERAH BANTUAN TABUNG AMANAH MASJID PUTRA KEPADA 400 GOLONGAN B40
SIK - Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan bantuan hasil tabung amanah Masjid Putrajaya berjumlah RM40,000 kepada 400 golongan B40 dan yang mengalami musibah bencana banjir.
Beliau menyerahkan bantuan tersebut ketika merasmikan Majlis Perasmian Masjid Putrajaya Santuni Masyarakat di Masjid Az Zahrah Kampung Sungai Senam hari ini.
Menurut beliau, Program Masjid Putrajaya Santuni Masyarakat merupakan salah satu agenda mengimarahkan masjid disamping dapat memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat.
Tambah Sanusi, program sebegini dapat meringankan beban sara hidup golongan sasar serta mendekatkan masyarakat dengan masjid sebagai pusat pembangunan rohani dan komuniti.
“Institusi masjid sangat penting untuk membina kehidupan, ummah yang membangun modal insan yang cemerlang dan berkualiti,” ujar Sanusi.
Menteri Besar turut berkata bahawa institusi masjid bukan sekadar tempat beribadat tetapi perlu dibangunkan untuk menjadi pusat pendidikan, pentadbiran, kehakiman, penerangan, perhubungan, kebajikan, rawatan dan interaksi antara masyarakat.
Post a Comment