Header Ads

test

USAHA KEKALKAN ATM BANK ISLAM SUNGAI LIMAU BERJAYA


JERAI – Usaha Ahli Parlimen Jerai, YB Sabri Azit mempertahankan kewujudan kemudahan Mesin Juruwang Automatik (ATM) Bank Islam di Sungai Limau, membuahkan hasil apabila ia dipersetujui oleh pihak Bank Islam.


Jelasnya, pihak Bank Islam bersetuju untuk mengekalkan dua buah mesin ATM bagi kemudahan para penduduk walaupun Bank Islam Cawangan Sungai Limau ditutup.


Beliau hadir ke HQ Bank Islam bagi berbincang dan menyuarakan pendapat agar dikekalkan ATM di situ bagi memberi kemudahan kepada penduduk.


“Namun begitu, hasil perbincangan penutupan cawangan berkenaan terpaksa dibuat ekoran jumlah transaksi tidak meningkat malah menurun daripada 36 ke 24 transaksi sehari.


“Sedangkan Bank Islam cawangan Guar dan Alor Setar purata 97 dan 250 setiap hari,” katanya.


Tambahnya, walaupun pembukaan cawangan Sungai Limau merupakan permintaan penduduk namun begitu, pulangan yang diperoleh tidak memberansangkan.


“Hal ini jika dibiarkan ia akan menganggu bayaran dividen kepada pencarum Tabung Haji.


“Hasil perbincangan pada hari ini, pihak Bank Islam memberi altenatif agar diwujudkan kolaborasi semua kedai di Sungai Limau agar menggunakan QR code. Ini dapat mengurangkan kos operasi,” katanya.

Tiada ulasan