Header Ads

test

MAKSIMAKAN FUNGSI MASJID

 


SIK- Institusi masjid perlu berperanan dan berfungsi dengan lebih luas sesuai dengan peredaran semasa.

Menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, peranan masjid perlu diperbesarkan skopnya agar risalah Islam dapat disampaikan dan dekat di sanubari masyarakat.

“Jika kita ingin mencapai tahap masjid di zaman Rasulullah SAW agak sukar tetapi fungsi dan peranan masjid boleh dimaksimumkan dengan keprihatinan anak-anak khariah dan aktifnya pengerusi dan pegawai masjid,” ujar beliau dalam Majlis Perasmian Masjid Putrajaya Santuni Masyarakat di Masjid Al-Zahrah Kampung Sungai Senam di sini, hari ini.

Tambahnya, masjid bukan sekadar tempat ibadat tetapi tempat menimba ilmu, juga seperti pada zaman Nabi ia menjadi tempat pertemuan pemimpin dunia, pusat ekonomi dan pembaikan masyarakat.

Muhammad Sanusi turut berkata alangkah baiknya jika peranan masjid dapat menarik minat masyarakat bukan Islam yang berada di sekitar kita.

“Memang hidayah milik Allah tetapi usaha perlu dibuat,” katanya.

Jelasnya lagi kini masyarakat sudah banyak berubah dan berkembang ke arah yang lebih baik tetapi masih ada ruang yang boleh diperbaiki untuk melipatgandakan kebaikan.

Menteri Besar menegaskan bahawa institusi masjid yang baik dan terurus kesannya akan melipah kepada komuniti sehingga terbentuknya komuniti yang cemerlang berkonsepkan habluminallah (Hubungan manusia dan Allah) dan habluminannas (hubungan sesama manusia).



Tiada ulasan