Header Ads

test

12 RUMAH MANGSA BANJIR BAKAL SIAP DALAM TEMPOH 6 BULAN



BALING - Sebanyak 12 buah rumah bakal dibina dalam tempoh 6 bulan bagi menggantikan rumah yang rosak keseluruhan dan tidak dapat diduduki selepas kejadian banjir di Baling.


Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berkata, luas keseluruhan tapak yang dicadangkan bagi pembangunan ini adalah seluas 2.1 ekar.


Menurut Muhammad Sanusi dianggarkan sekitar RM75 ribu bagi sebuah rumah dengan kemudahan tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu dan dapur.


“Peruntukan bagi pembinaan rumah ini adalah daripada kerajaan negeri, syarikat-syarikat swasta, NGO dan sumbangan persendirian daripada orang awam yang diterima daripada platform KedahCare,” ujar beliau ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Perumahan Bantuan Banjir Baling di Keda Kampung Sadek, di sini hari ini.


Jelasnya, syarikat korporat seperti Syarikat Air Darul Aman (SADA) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga turut menyumbang dari segi kemasukan utiliti elektrik dan air sebagai sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) syarikat.


Tambah Menteri Besar, Pegawai Daerah juga sedang menyediakan lokasi lain untuk pemindahan fasa kedua bagi penduduk yang penempatannya berisiko dan dikenalpasti tidak selamat didiami sekitar Kampung Iboi.



#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman

 

Tiada ulasan