Header Ads

test

PERTANDINGAN BOLA SEPAK DUN MERBAU PULAS DAPAT SAMBUTAN


 

KULIM - Pertandingan bola sepak anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Merbau Pulas berlangsung dengan jayanya di Padang Taman Sena, Labu Besar, baru-baru ini.


ADUN Merbau Pulas, YB Dato’ Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, sembilan pasukan yang terpilih untuk berentap dan juara akan membawa pulang RM1,500.


“Ramai anak muda yang ikut serta program pada hari ini dan kesemuanya menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Menang kalah adat pertandingan, berusahalah sehabis baik. Semoga beroleh kejayaan,” ujarnya.


Beliau juga berpesan supaya semua pemain bersaing secara sihat disamping mengeratkan ukhuwah sesama pemain.

Tiada ulasan