Header Ads

test

PENGHULU PERLU BERGERAK UNTUK RAKYAT BUKAN KEPARTIAN


MENTALOON - Penghormatan, kredibiliti dan integriti para penghulu mesti dipelihara kerana selain daripada wakil kerajaan atau pemerintah, penghulu juga berperanan sebagai tempat rujukan dalam segala hal termasuk urusan yang bersifat peribadi. 

Menurut Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, kebelakangan ini penghulu tidak lagi menjadi rujukan tetapi ahli politik pula yang dirujuk walhal mereka mempunyai kepentingan politik masing-masing.

“Saya beri jaminan kepada para penghulu saya tidak akan bertindak atas kepentingan parti saya untuk mengarahkan tuan-tuan membuat kerja kepada parti tetapi bekerja atas kepentingan rakyat dan negeri Kedah,” ujar Sanusi ketika Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Kedah Kali Ke-46 dan Ke-47 di sini, hari ini. 

Jelasnya, institusi penghulu penggawa adalah sistem tata-kelola yang tertua dalam peradaban Melayu yang telah wujud semenjak bermulanya peradaban Melayu. 

Tambahnya lagi, institusi itu mesti dimodenkan agar terus relevan sesuai dengan perubahan semasa.

Menteri Besar turut menasihatkan kepada para penghulu supaya dapat menjelaskan maklumat kepada masyarakat dengan rasional dan berhikmah.

#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman 


 

Tiada ulasan