Header Ads

test

SAMBUTAN KEMERDEKAAN BERMAKNA SELEPAS DUA TAHUN PANDEMIK COVID-19



ALOR SETAR - Setelah dua tahun tidak menikmati sambutan Hari Kemerdekaan akibat COVID-19, tahun ini rakyat Malaysia berpeluang merasai erti ‘kebebasan’ dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Romani Wan Salin berkata, pengalaman semasa berada dalam fasa pandemik memberi pengajaran tentang erti sebenar kebebasan.

“Jadi amat penting untuk kita menghargai nikmat ini dengan menjaga standard operasi prosedur dan kawalan kendiri bersama-sama Keluarga Malaysia.

“Kebebasan dan kemerdekaan ini bukanlah tidak boleh diganggu gugat, ia perlu diusahakan, dipertingkat serta dipertahankan pada setiap masa.

“Alhamdulillah, segala masalah yang timbul dapat kita atasi dan tangani dengan jayanya apabila semua pihak memainkan peranan dan tanggungjawab bersama-sama di peringkat masing-masing,” ujar.

Beliau berkata demikian ketika ucapan di Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 peringkat negeri Kedah yang berlangsung di Dataran Pahlawan, Wisma Darulaman Aman, di sini, hari ini.

Katanya, sempena dengan tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ menjadi kemestian semua rakyat bersatu padu mencapai erti kebersamaan antara satu sama lain.

“Sehubungan itu, saya mengambil kesempatan ini mengajak Keluarga Malaysia di negeri Kedah Darul Aman untuk turut serta dalam aktiviti yang dijalankan dalam menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini.

“Mudah-mudahan sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini dapat mengukuhkan lagi ikatan perpaduan, kasih sayang dalam kalangan masyarakat khususnya rakyat di negeri ini,” ujarnya lagi.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua

Tiada ulasan