Header Ads

test

REMAJA SYUKUR DAPAT BANTUAN, SENANG HATI NAK SAMBUNG BELAJAR


MERBOK - Seorang pelajar cemerlang Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) hampir menolak tawaran Asasi Sains Fizikal Universiti Malaya (UM) kerana kekangan kewangan.


Bagaimanapun, berkat majikan tempat ayahnya bekerja yang merupakan bekas guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbok, Rafidah Hussein bertindak menviralkan kisah ini sehingga mendapat perhatian ramai. 


Remaja terbabit, Muhammad Ammar Danial Abdullah, 18 menarik nafas lega setelah kisahnya viral mendapat perhatian daripada pelbagai sehingga mampu meneruskan pengajian.


“Saya bersyukur menerima bantuan daripada pelbagai pihak antaranya Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang membayar yuran RM1,950 untuk satu semester. Saya juga menerima komputer riba sumbangan daripada Yayasan Pelajaran Mara (YPM). Selain itu, banyak sumbangan ihsan yang saya dapat apabila kisah saya viral, baru-baru ini,” ujarnya.


Kisah ini juga mendapat perhatian daripada ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Haji Hanif Ghazali.


Beliau hadir menyantuni dan menyampaikan sumbangan pendidikan kepada Ammar di Kampung Sungai Gelam Bujang, Bedong dan berharap dia dapat mengecapi cita-citanya.


“Sangat sedih jika pelajar cemerlang seperti Ammar ini tidak meneruskan pengajian kerana potensi yang ada ini harus dikembangkan dan supaya dapat memberi manfaat kepada negara,” ujarnya.


Dimaklumkan, Ammar akan mendaftar pada 7 Ogos nanti bagi kos Asasi Sains Fizikal di Universiti Malaya.

Tiada ulasan