Header Ads

test

SELESAI 90 PERATUS MASALAH BANJIR


POKOK SENA - Masalah banjir yang menimpa penduduk Machang Kudung saban tahun itu membelenggu penduduk  bakal diselesaikan melalui projek pembinaan parit konkrit yang akan siap pada bulan ini.


ADUN  Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood berkata, pihaknya menerima aduan penduduk setiap kali hujan sering berlaku banjir di kawasan tersebut.


Ustaz Salim berkata, hujan berpanjangan selama tiga jam bakal mengalami banjir dan menyebabkan jalan raya ditenggelami air yang menyukarkan pergerakan keluar masuk penduduk.


“Setelah membuat semakan, longkang di kawasan ini agak kecil dan mengakibatkan apabila hujan turun tidak dapat menampung kapasiti air lalu mengakibatkan banjir,” ujarnya.


Katanya, susulan itu, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM500 ribu bagi pemasangan parit ‘u drain’ sepanjang 700 meter.


"Kerajaan juga beri peruntukan sebanyak RM350 ribu bagi meninggikan semula jalan sedia ada sepanjang 750 meter di kawasan tersebut.


"Kita mengharapkan usaha ini sebagai salah satu penyelesaian bagi masalah banjir di kampung ini dan memberikan kesejahteraan serta keselesaan kepada penduduk kampung setempat,” jelasnya lagi.

Tiada ulasan