ADUN PANTAI MERDEKA RAI WARIS, PELAJAR
SUNGAI PETANI - Melihat kerutan dahi pelajar kehangatan ketika menunggu waris setelah selesai sesi persekolahan, meruntun hati ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim.
Lantaran itu, beliau mengambil inisiatif menyumbangkan khemah kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bukit Meriam bagi diletakkan di luar sekolah untuk dijadikan tempat berteduh para waris dan pelajar.
“Diharapkan dengan adanya khemah tempat menunggu ini, pelajar dapat menunggu waris datang selepas tamat sesi persekolahan dalam keadaan berteduh di bawah khemah dan selamat daripada bahaya menunggu di tepi jalanraya.
“Manakala waris juga dapat keselesaan menanti anak-anak keluar dari sekolah di tempat menunggu yang disediakan,” ujarnya.
Post a Comment