Header Ads

test

‘CULVERT’ BAKAL SIAP DISEMBER INI



KUALA KETIL - Semua penduduk sekitar Baling dan Kuala Ketil akan menerima manfaat ‘culvert’ (pembentung) yang dinaik taraf dan bakal siap Disember ini.


ADUN Kuala ketil, YB Mejar Mansor berkata, projek menaik taraf itu dilaksanakan di jalan Parit Panjang menghala ke Kuala Pegang yang menelan kos belanja hampir RM500,000.


“Alhamdulillah, kerja naik taraf dari hari ke hari berjalan lancar. Saya mengharapkan progres perkembangan semasa dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan,” ujarnya.


Mengulas lanjut, Mansor berkata, pelaksanaan projek itu yang bermula Mac tahun ini berjalan lancar dan sudah lebih 80 peratus siap, setakat ini.

Tiada ulasan