Header Ads

test

ANAK MUDA KEDAH BAKAL BANJIRI HIMPUNAN TERBESAR MOTORSIKAL



SUNGAI PETANI - Puluhan ribu anak muda dijangka akan membanjiri dataran Amanjaya Mall Sungai Petani esok hari.

Menurut Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor himpunan belia itu menawarkan hadiah utama cabutan bertuah iaitu tiga buah motosikal Yamaha Y16 bernilai lebih RM30,000 yang ditaja oleh beliau sendiri.

“Pakat mai esok, pastikan tuan-tuan dapat nombor cabutan bertuah dan mungkin ada rezeki menang Y16,” seru Sanusi semasa merasmikan program Karnival Sejahtera Prihatin Negara di dataran Amanjaya Mall di sini hari ini.

Jelas Muhammad Sanusi, kerajaan negeri berusaha untuk memperbanyakkan aktiviti-aktiviti sihat di kalangan belia agar mereka tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Tambahnya, banyak lagi aktiviti-aktiviti anak muda yang akan dijayakan di Kedah termasuklah aktiviti kayuhan seumpama hari ini.

“Kalau nak buat aktiviti sihat maklum sahaja kepada Exco Sukan, YB Mohd Firdaus Ahmad, saya akan pastikan YB jayakan semua aktiviti belia di Kedah ni,” ujar beliau.

Menteri Besar turut menyatakan antara tujuan lain kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan menjalankan aktiviti sukan sebegini adalah untuk menghidupkan kembali industri peralatan sukan sekaligus menggerakkan ekonomi rakyat di negeri Kedah.

Tiada ulasan