Header Ads

test

JAMBATAN KAMPUNG PISANG SIAP SEPENUHNYA



KUPANG - Jambatan Kampung Pisang atau dikenali sebagai Jambatan Yayasan Khairiah kini siap sepenuhnya selepas musnah akibat banjir pada tahun 2019.


ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad berkata, peruntukkan pembinaan tersebut dikelola oleh  Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).


“Pembinaan jambatan ini menelan kos hampir bernilai RM500,000 dan telah siap sepenuhnya pada Jun, baru-baru ini.


“Alhamdulillah, laluan utama penduduk dan pelajar itu siap sepenuhnya dan memberi kelegaan kepada komuniti setempat,” ujarnya.

Tiada ulasan