Header Ads

test

HAJI MUNIR BANTU PENDUDUK TAMBAH PENDAPATAN BERI BANTUAN MESIN RUMPUT


KUALA NERANG - ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusof@Munir Haji Zakaria menyerahkan bantuan mesin pemotong rumput kepada Mohd Izuan Ibrahim di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kuala Nerang, baru-baru ini.


Izuan menzahirkan ribuan terima kesih kepada Haji Munir atas keprihatinan yang diberikan.


“Dengan pemberian mesin rumput ini, Alhamdulillah membolehkan saya mengambil upah memotong rumput bagi menambah pendapatan keluarga yang sebelum ini hanya bergantung dengan hasil menorah getah sahaja,” ujarnya.


Haji Munir turut berharap sumbangan mesin rumput ini dapat digunakan sebaiknya bagi menambah pendapatan keluarga di kala musim cuaca yang tidak menentu kini.


Beliau turut memaklumkan sepanjang tahun sehingga bulan September ini beliau telah menyumbangkan enam mesin rumput kepada pemohon yang layak.


“Konsep bantuan kita perkenalkan ialah tidak memberi ikan, tetapi kita memberi jala untuk mereka mencari sumber pendapatan tambahan bagi menyara keluarga dengan titik hasil usaha sendiri,” ujarnya lagi.

Tiada ulasan