Header Ads

test

PENGGUNAAN INTERNET DIKALANGAN REMAJA MEMBIMBANGKAN


POKOK SENA - Penggunaan internet di kalangan remaja terus membarah di dalam masyarakat memandangkan mereka dilahirkan dengan penggunaan gajet yang meluas.


ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood berkata, situasi ini membimbangkan ibu bapa dengan tanggungjawab untuk memastikan anak-anak daripada menjadi mangsa jenayah siber.


“Dalam dunia sekarang ini, anak-anak sangat terdedah kepada persekitaran yang amat membimbangkan dengan pendedahan yang tiada batas melangkaui had syarak.


“Dunia internet sangat bahaya, handphone kita ini, bagaikan pisau, kalau kita guna untuk kupas buah, sembelih kambing maka ia menyumbang kepada kebaikan. Manakala, jika kita menggunakan pisau tersebut untuk melukai atau membunuh seseorang maka ia menjadi perkara yang tidak baik untuk kita,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kempen Benteras Jenayah Seksual Dalam Talian di Kalangan Kanak-kanak anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Pokok Sena di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena.


Beliau turut menasihati ibu bapa untuk terus mengikuti perkembangan anak-anak serta memantau aktiviti penggunaan internet.


“Ibu bapa juga harus membuka ruang berkomunikasi dengan anak-anak serta memberi kebebasan kepada anak-anak untuk menceritakan pengalaman atau masalah mereka tanpa dipersalahkan.


“Jika mereka senang bersembang dengan kita, mudah untuk kita tahu pergerakan mereka tanpa ada rahsia antara ibu bapa dan anak,” ujarnya.

Tiada ulasan