Header Ads

test

PERTANDINGAN SERKAP IKAN TARIK MINAT PENDUDUK





KUALA NERANG - Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kuala Nerang mengambil inisiatif menarik minat anak muda sertai pertandingan ‘serkap’ ikan.


ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusof@Munir Haji Zakaria berkata, pertandingan itu adalah kerjasama antara Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dan PKWR.


“Alhamdulillah, sambutan hangat ini dihadiri seramai 200 peserta komuniti setempat.


“Saya bersyukur walaupun zaman berzaman aktiviti dikenali sebagai serkap ikan ini tetap menjadi tarikan di setiap peringkat usia,” ujarnya kepada media selepas Program Pertandingan Serkap Ikan yang di adakan di bendang belakang Masjid Kampung Rambutan, Kuala Nerang, baru-baru ini.


Katanya, aktiviti sebegini dapat menjadi wadah mengeratkan silaturrahim bersama penduduk setempat disamping memupuk gaya hidup yag sihat.


Beliau turut menyampaikan hadiah kepada 10 pemenang yang terpilih.

Tiada ulasan