Header Ads

test

KEDAH BELANJA RM200 RIBU SELENGARA JETI KUALA SEDAKA



YAN - Kerajaan negeri meluluskan RM200,000 bagi melaksanakan penyelengaraan dan naik taraf tebing kiri jeti Kuala Sedaka.


ADUN Sungai Limau, YB Mohd Azam Abd Samat berkata, kerja menaik taraf menjadi keutamaan di negeri Kedah dalam memberi keselesaan kemudahan kepada rakyat.


“Alhamdulillah, permohonan untuk menaik taraf jeti Kuala Sedaka ini telah diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YB Dato’ Haji Isahak Murat. 


“Saya mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada dato’ di atas kelulusan yang diberikan ini. Para nelayan menarik nafas lega dengan kelulusan ini mereka dapat mencari rezeki dengan baik bagi meneruskan kelangsungan hidup,” ujarnya.


Beliau turut memaklumkan agensi yang terlibat dalam pembinaan ini ialah Jabatan Perairan dan Saliran Daerah Kota Setar, Pendang dan Yan.

Tiada ulasan