Header Ads

test

KEDAH RAI PELATIH PERUBATAN ISLAM



ALOR SETAR- Seramai 29 pelatih diraikan dalam Majlis Pengijazahan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa bagi Negeri Kedah Kumpulan ke-9, baru-baru ini.


29 pelatih tersebut adalah daripada negeri Kedah, Perak dan Johor.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad, majlis ini didedahkan dengan latihan praktikal rawatan dan pemantapan bacaan ayat suci al-Quran dan hadis yang dijalankan secara kuliah selama 90 jam.


“Kursus berkenaan dijalankan dengan kerjasama Pejabat YAB Menteri Besar Kedah dan untuk rekod kerjasama kedua-dua pihak telah dibuat semenjak 2009 lagi iaitu di bawah pimpinan Almarhum Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak.


“Hingga kini 900 pelatih negeri Kedah telah dilahirkan,” ujarnya ketika merasmikan Majlis Pengijazahan Kursus Pengubatan Islam Darussyifa yang berlangsung di Dewan Seri Melor, Mentaloon, hari ini.


Hadir sama, Pengerusi Darussyifa Malaysia, Haji Abd Rahman Ahmad, Timbalan Pengerusi Darussyifa, Haji Abd Rahman Nawas, Pemegang Amanah Pengijazahan, Haji Dr Shaharuddin Saad dan Pengarah Darussyifa Kedah, Ustaz Mohd Alawi Haji Abdul Kudus.

Tiada ulasan