Header Ads

test

MASJID BUKAN SEKADAR HANYA UNTUK BERNIKAH - YB SITI ASHAH


KULIM - Masjid di Malaysia perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam menyokong program-program dan inisiatif-inisiatif yang mempertingkatkan usaha untuk memperkasa masyarakat.  


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, masjid perlu mempelbagaikan lagi aktiviti kemasyarakatan yang mampu menarik minat penduduk hadir ke masjid.


“Sekiranya semua masjid dapat mengadakan program sebagini, pasti hubungan antara jawatankuasa masjid dan masyarakat setempat akan lebih baik dan sekaligus dapat menyelesaikan banyak perkara.


"Mana aci (boleh) mai (datang) ke masjid waktu nak akad nikah sahaja. Datanglah bersolat. Penuhkan masjid, bahu membahu seperti perhimpunan hari ini,” ujarnya ketika merasmikan Karnival Sukan Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Masjid Qaryah Padang Meiha, Padang Serai, semalam.


Katanya, kehadiran karnival ini sangat memberangsangkan dan menerima sambutan hangat daripada penduduk setempat.


Majlis bermula dengan perbarisan dan perarakan masuk pasukan-pasukan daripada Padang Meiha. Pelbagai maskot dan gimik persembahan dipersembahkan bagi memperkenalkan pasukan-pasukan perbarisan mengikut tema masing-masing. Kehadiran masyarakat setempat untuk memberi semangat juga sangat memberangsangkan. 


“Sekalung tahniah diucapkan kepada Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan juga kepada seluruh jawatankuasa masjid dan urusetia program dalam menjayakan program yang sangat baik ini. Program sebegini rupa secara tak langsung dapat menarik masyarakat untuk lebih dekat dengan masjid,” katanya lagi.

Tiada ulasan