Header Ads

test

KEPERLUAN KEPADA TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI MENJELANG 2030



SURABAYA - Tenaga boleh diperbaharui (RE) di Kedah sangat diperlukan di Kulim Hi Tech Park menjelang 2030.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata demikian dalam sesi Taklimat Pelancongan dan Tenaga Boleh Diperbaharui di Universiti Negeri Surabaya (UNESA) hari ini. 

Kemasukan pelabur ke negeri Kedah katanya membuka ruang lebih besar kepada penggunaan RE dalam sektor industri.

“Ramai pelabur yang melabur di Kulim Hi Tech Park dan akan memasuki pasaran Eropah. Menjelang 2030, keperluan yang lebih besar terhadap tenaga boleh diperbaharui dalam sektor industri,” katanya.
 
Katanya, Kedah merupakan sebuah negeri yang paling banyak menerima cahaya matahari namun penggunaan RE masih berada di peringkat awal.
 
Tambahnya lagi, Kedah dalam usaha menggiatkan penggunaan RE dalam sektor perindustrian. 
 
Muhammad Sanusi turut memuji Jawa Timur yang berjaya meningkatkan penghasilan padi dengan penanamannya sebanyak empat kali setahun. 
 
“Di Kedah sedang mengusahakan penanaman padi sebanyak lima kali dua tahun.  
 
“Semakin maju masyarakat kita, semakin banyak keberhasilan yang boleh dicipta,” katanya.


#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman


 

Tiada ulasan