Header Ads

test

SUMBANGAN TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK

KUALA NERANG - Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) menerusi Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kuala Nerang meluluskan 80 permohonan ICU-MYKHAS yang dimohon oleh Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK).


ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusof@Munir Haji Zakaria berkata bantuan ini akan disalurkan kepada masjid, JPKK, agensi dan kelab bagi menjalankan aktiviti komuniti setempat.


“Saya mengharapkan dengan peruntukan yang diberi ini JPKK dan NGO dapat berbelanja dengan berhemah kerana wang kerajaan ini adalah amanah daripada rakyat dan dapat melibatkan semua peringkat masyarakat dalam komuniti kampung.


“Saya juga mengharapkan pihak yang terlibat dapat melaksanakan program yang dirancang dengan jayanya dan dapat melibatkan semua peringkat masyarakat kampung tanpa membezakan fahaman politik,” ujarnya kepada media.


Menurut Setiausaha JPKK Kampung Naiteh, Baharudin Md Zain, bantuan kewangan yang diterima ini akan dimanfaatkan sebaiknya bagi membina masyarakat dengan aktiviti yang berfaedah dan nilai moral yang tinggi.


Majlis ringkas ini diadakan di Pejabat PKWR DUN Kuala Nerang diakhiri dengan penyampaian sumbangan cek yang disampaikan oleh YB Munir kepada wakil JPKK dan NGO terlibat.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan