Header Ads

test

SETAHUN GUNA KERUSI RODA ROSAK YANG DIIKAT 'CABLE TIE'


KUPANG - Setahun bertahan menggunakan kerusi roda uzur yang diikat ‘cable tie’ warga emas dari Kampung Ulu Bakai, di sini bersyukur apabila hasratnya untuk memiliki kerusi roda baharu yang lebih selesa dimakbulkan.


Hasrat Saabiah Ibrahim, 82, menerima kerusi roda itu sumbangan daripada ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral Dato’ Haji Najmi Haji Ahmad (B), semalam.


Katanya, dia tidak mampu berdiri yang menyebabkan pergerakkan hariannya sukar dan perlu bantuan keluarga untuk pergerakan harian.


Sejak setahun lalu, Saabiah tinggal bersama anak dan cucu.


Kunjungan ini memberikan kabar gembira kepadanya.


Sementara itu, dua lagi yang diziarahi Dato' Najmi adalah Azhar Ibrahim, 51, yang mengalami masalah penglihatan dan seorang assabiqun PAS Masri Saari, 65.


Kesemua diziarahi turut menerima sedikit sumbangan barangan keperluan dapur.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan