Header Ads

test

MöLNLYCKE HEALTH CARE BUKA KILANG KETIGA DI KEDAH


KULIM - Selari peningkatan kemasukan pelaburan yang memacu iklim perniagaan lebih kondusif di Kedah, Mölnlycke Health Care Sdn Bhd melangkah setapak lagi dengan membuka kilang ketiganya di Kulim Hi-Tech Park.


“Bermula dengan sebuah kilang di Kulim dengan 300 pekerja, kini menggaji lebih 2.5 ribu rakyat Malaysia di tiga tapak di Kulim, Kuala Ketil dan terbaru di Kulim Hi Tech seramai 400 pekerja tempatan,” ujar Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor ketika merasmikan Kilang Baru Mölnlycke Health Care Sdn Bhd di sini hari ini.


Katanya, sasaran kapasiti pengeluaran sarung tangan bagi kilang ketiga ini sebanyak 100 juta pasang dalam tempoh setahun dengan kawalan kualiti yang lebih ketat.


Tambahnya, Kulim adalah pusat kecemerlangan yang diiktiraf di peringkat global dalam sektor pengeluaran sarung tangan pembedahan yang berkualiti tinggi.


Menurut Menteri Besar dalam sidang media selepas majlis perasmian, infrastruktur di Kulim sangat baik dan ianya berfokuskan kepada pelaburan 'Hi-Tech' yang menjadi permintaan tinggi ketika ini.


Jelas Muhammad Sanusi, menjadi keutamaan kerajaan untuk mencari dan menyokong syarikat seperti ini kerana Mölnlycke bukan sahaja melabur di Kedah tetapi mencipta pekerjaan baharu dan melakukannya dengan cara yang mampan dan bertanggungjawab.


Kata Sanusi dengan penuh semangat bahawa Negeri Kedah amat berbangga menjadi tuan rumah kilang terkini Mölnlycke.


“Ianya membolehkan Mölnlycke melaksanakan visinya untuk meningkatkan prestasi secara profesional dalam sektor penjagaan kesihatan di seluruh dunia,” ujarnya.


#MediaMBKedah 

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan