Header Ads

test

PKWR PARLIMEN PENDANG DIPILIH SEBAGAI PUSAT SATELIT MYFUTURE JOBS


PENDANG - Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Pendang dipilih sebagai Pusat Satelit MYFuture Jobs bagi membantu penduduk luar bandar mengakses perkhidmatan dengan mudah.


Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Awang Hashim berkata,  ia adalah inisiatif sebagai penyedia Perkhidmatan Pekerjaan Awam bagi meningkatkan kebolehcapaian komuniti kepada peluang pekerjaan.


Katanya, inisiatif ini adalah usaha kerajaan dalam membantu meningkatkan akses dan kebolehcapaian masyarakat khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar kepada peluang pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menerusi Perkeso.


“PKWR Parlimen Pendang selepas ini akan menjadi pusat sehenti atau 'one stop centre' kepada semua golongan pencari kerja yang memerlukan bantuan perkhidmatan pekerjaan.


“Pencari kerja tempatan boleh memanfaatkan kemudahan ini bagi mengakses peluang pekerjaan di seluruh negara menerusi MYFutureJobs sekali gus mencapai hasrat kerajaan untuk mewujudkan 600,000 peluang pekerjaan pada 2022 menerusi program jamin kerja di bawah Bajet 2022,” ujarnya selepas merasmikan Pusat Satelit MYFuture Jobs yang ditempatkan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Pendang, Gajah Mati, baru-baru ini.


Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pendang berkata, Pusat Satelit MYFutureJobs ini boleh digunakan oleh semua peringkat umur tanpa ada syarat-syarat tertentu.

 

Tiada ulasan