Header Ads

test

Rangkuman sebulan program Menteri Besar Kedah







 Rangkuman sebulan program Menteri Besar, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor penuh dengan tugasan-tugasan bagi memastikan negeri Kedah sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa maju ke hadapan tanpa meninggalkan kebajikan rakyat.


Atas kejayaan pencapaian negeri Kedah terutamanya dalam bidang pelaburan, YAB Dato’ Seri tidak henti menerima kunjung hormat daripada agensi luar sama ada dipihak kerajaan mahupun swasta.


Serahan Geran kepada penduduk FELCRA Pantai Kok Langkawi juga telah dibuat setelah hampir 40 tahun para penduduk memperjuangkan hak mereka. Kini mereka menarik nafas lega dan gembira atas usaha murni pihak kerajaan menunaikan hasrat mereka.


Di samping itu, Menteri Besar telah merasmikan beberapa projek yang bakal dilaksanakan di Kedah antaranya : 

1. Litar Lumba Antarabangsa di Sungai Petani.

2. Projek Loji Melamina Petronas Chemicals Fertiliser Kedah di Gurun.


Semoga segala perancangan projek-projek yang bakal memajukan negeri Kedah ini bakal dilaksanakan dengan jayanya dan memberi peluang pekerjaan yang luas buat anak-anak Kedah.Rangk

Tiada ulasan