Header Ads

test

ADUN KUALA NERANG ZIARAH MANGSA RIBUT


KUALA NERANG - Rumah seorang warga emas di Kampung Kuala Pai rosak akibat angin kuat, semalam.


Mangsa, Siti Holijah Ismail, 60, berkata, dalam kejadian itu keseluruhan bumbung rumah bahagian atas terkopak akibat daripada angin kencang tersebut. 


“Saya bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan yang berlaku, hanya kerosakan di bahagian bumbung rumah dan perabot yang basah akibat hujan lebat. 


“Kejadian ini berlaku kali pertama sejak tahun 70an saya mendiami rumah ini,” ujarnya.


Nasib yang menimpa warga emas ini mendapat perhatian ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusof@Munir Haji Zakaria.


Haji Munir memaklumkan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan melantik kontraktor bagi membaiki kerosakan bumbung tersebut.


“Saya harap mangsa bersabar atas musibah yang menimpa, moga Allah SWT permudahkan dan gantikan dengan yang lebih baik serta berharap bantuan baik pulih dapat disegerakan,” ujarnya.

Tiada ulasan