Header Ads

test

PENGANJUR JELASKAN SITUASI SEBENAR KONSERT DI BALAI SENI




ALOR SETAR - Lembaga Muzium Negeri Kedah (LMNK) menjelaskan bahawa Program ‘Art Log Staq Festival’ yang tular baru-baru ini sebenarnya adalah program keusahawanan anak muda tetapi disalah erti dengan kejadian konsert ‘haram’.


Menurut Pengarahnya, Suhaidi Shukri, program bermula dengan baik pada sebelah pagi, namun berlaku kelakuan di luar tatasusila di sebelah malam.


Menurutnya, pihak penganjur mendapati persembahan Konsert Muda Mudi Weekend Fest sempena ‘Art Loq Staq Festival’ tersebut tidak menepati piawaian yang ditetapkan dan diarah henti serta merta.


Suhaidi menjelaskan, video yang tular baru-baru ini sebenarnya tidak mengambarkan keseluruhan program yang berlangsung selama dua hari, sedangkan program tersebut mendapat sambutan hangat daripada pengunjung.


Selain aktiviti jualan, program ini juga dimeriahkan dengan aktiviti sukan remaja seperti pertandingan BMX, Skate dan lukisan mural atau graffiti.


Manakala,  segmen persembahan pentas hanyalah segmen sampingan sahaja bagi memeriahkan program.

Tiada ulasan