Header Ads

test

ANAK BALING WAKIL MALAYSIA, YB NAJMI SERAH SUMBANGAN



ALOR SETAR -  Peserta Malaysia yang akan bertanding dalam World Skills Competition (WSC) 2022 Special Edition menerima bantuan daripada Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, Brigedier Jeneral Dato' Haji Najmi Haji Ahmad, pada Isnin.


Muhamad Ali Azammuddin Allias, 23, dari Kampung Sungai Batu, Bongor Baling Kedah akan mewakili Malaysia dalam kejohanan yang diadakan di Basel, Switzerland pada 7 hingga 16 Oktober ini.


Dato’ Najmi berkata, sumbangan peribadi itu bagi meringankan perbelanjaan  Muhamad Ali di sana.


"Saya berbangga apabila anak kelahiran Baling mewakili Malaysia dalam pertandingan itu bagi kategori  Cabinet Making.


"Sama-samalah kita berdoa agar beliau dapat mengharumkan nama negara di persada dunia," katanya.


Sumbangan itu diserahkan kepada Allias Ibrahim iaitu ayah kepada peserta berkenaan. 


Muhd Ali adalah bekas pelajar Institut Kemahiran Mara (IKM) Sungai Petani dalam bidang Sijil Teknologi Rekabentuk dan Pembuatan Perabot (STR).


Pada majlis penyerahan itu, Dato' Najmi meluangkan masa berbual dan memberi kata-kata motivasi kepada Muhamad Ali menerusi panggilan video.


Beliau kini membuat persiapan akhir untuk berangkat ke luar negara.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan