Header Ads

test

LUANG MASA BERSAMA WARGA EMAS, SEMAI RASA KASIH SAYANG



SUNGAI PETANI - Sempena Hari Warga Emas 2022 ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim menyantuni 60 warga emas di Pusat Aktiviti Warga Emas Permatang Katong, Kota Kuala Muda, pada Isnin.


Katanya, bertemakan ‘Daya Tahan dan Sumbangan Warga Emas Wanita’ perlu untuk kerajaan mempelbagaikan aktiviti bersama warga emas supaya terisi masa tua mereka.


“Keperihatinan kita memartabatkan dan menghargai warga emas ini sangat penting agar generasi baharu turut sama dalam menyemai kasih sayang serta hubungan kekeluargaan sesama insan.


“Semoga usaha ini akan berterusan demi untuk kebajikan dan kesejahteraan semua pihak. Segala apa yang diusahakan dan diperjuangkan mendapat keberkatan dan kerahmatan dari Allah SWT. Kita akan merancang pelbagai lagi program di masa akan datang bersama warga emas,” ujarnya.


Tambahnya lagi, program santuni warga emas ini perlu dilaksanakan secara berkala kerana mendapat sambutan yang menggalakkan.


“Program seperti ini harus diteruskan dari semasa ke semasa kerana sambutan amat menggalakkan. Sekurang-kurangnya dapat juga mengembirakan hati golongan warga emas dan terpancar keceriaan diwajah mereka dengan kehadiran kita,” ujarnya lagi.


Pelbagai aktiviti diadakan bersama komuniti warga emas antaranya acara "chairobic", dan persembahan selawat dari warga emas.

Tiada ulasan