Header Ads

test

BAJET 2023 KEDAH : PELBAGAI INISIATIF DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT


ALOR SETAR – Bajet Kedah 2023 memperkenalkan pelbagai inisiatif dan perancangan yang memfokuskan kepada kesejahteraan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Peningkatan kualiti hidup itu selari dengan Pelan Pembangunan Kedah 2035.

Menurut Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor antara inisiatif adalah RM170 ribu setiap DUN kepada golongan yang memerlukan bagi pembaikan rumah keluarga miskin.

“Kerajaan telah menambah peruntukan sedia ada berjumlah RM5.5 juta kepada RM6.12 juta tahun 2023, diharapkan dengan peruntukan ini akan dapat membantu lebih banyak keluarga miskin hidup dalam kediaman yang lebih selesa.

“Saya juga ingin memaklumkan mulai Januari 2023 kadar maksimum Bantuan Am dinaikkan daripada RM350 kepada RM600. Kenaikan ini akan membantu lebih 6,000 penerima bantuan,” katanya.

Kerajaan negeri turut membina Rumah Orang Tua di Sungai Tengas, Kulim bernilai RM700 ribu bagi warga emas yang tinggal berseorangan dan dijangka siap November 2023.

Tambah beliau, Bantuan Kedah Sejahtera diteruskan seperti tahun sebelumnya menjadikan peruntukan keseluruhannya berjumlah RM35.608 juta.

“Bantuan Khairat Kematian diperuntukan berjumlah RM3 juta, Bantuan Anakku Sejahtera berjumlah RM1 juta, Bantuan Kepada Pesakit Terlantar berjumlah RM2 juta dan Bantuan peralatan perubatan kepada pesakit miskin berjumlah RM500 ribu," ujar Sanusi.

Selain itu, peruntukan Bantuan Beras Sejahtera sebanyak RM3.24 juta disediakan kepada 150 orang penerima setiap DUN pada setiap bulan.



 

Tiada ulasan