Header Ads

test

BAJET KEDAH 2023 FOKUS PEMBANGUNAN EKONOMI


ALOR SETAR - Kerajaan negeri menganggarkan hasil berjumlah RM735 juta meningkat sebanyak RM10 juta berbanding anggaran tahun 2022.

Hasil cukai merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak RM346.95 juta atau 47.2 peratus dan diikuti hasil bukan cukai berjumlah RM222.92 juta (30.33 peratus).

Sementara itu, terimaan bukan hasil adalah berjumlah RM165.13 juta atau 22.47 peratus.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata pecahan hasil mengikut kategori iaitu hasil tanah sebanyak RM495.26 juta ketika membentangkan belanjawan 2023.

Hasil pelbagai jabatan pula (RM197.4 juta), hasil hutan (RM30.34 juta) dan hasil daerah (RM12.03 juta).

“Kerajaan negeri komited dalam memastikan anggaran hasil yang ditetapkan dalam anggaran dapat dicapai sekurang-kurangnya 95 peratus,” katanya.

Menurut beliau, Bajet 2023 memfokuskan kepada 3 strategi utama iaitu memulihkan dan mencergaskan pertumbuhan ekonomi domestik, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan rakyat serta mengoptimakan teknologi digital dan peningkatan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Kata Sanusi, perbelanjaan pembangunan negeri Kedah 2023 dibuat berasaskan Pelan Pembangunan Kedah 2035 dengan visi Kedah Sejahtera dan Berdaya Huni.

Daripada keseluruhan perbelanjaan mengurus, katanya lagi sebanyak RM104.04 juta diperuntukkan bagi Caruman Kumpulan Wang Pembangunan Negeri.

“Di bawah Peruntukan Perbelanjaan Mengurus, pecahan peruntukan bagi perbelanjaan tanggungan berjumlah RM89.73 juta dan perbelanjaan perbekalan berjumlah RM749.40 juta,” ujar beliau pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 di Wisma Darul Aman, hari ini.



 

Tiada ulasan