Header Ads

test

KARNIVAL D’BENDANG SEMAI HUBUNGAN PEMIMPIN DAN RAKYAT


POKOK SENA - Kira-kira 400 penduduk setempat menyertai Karnival D’Bendang yang berlangsung meriah di Perkarangan Surau Kampung Belukar, pada Isnin lalu.


Program anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Lada itu diisi dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya Pertandingan Serkap Ikan, Bola Bendang Empat Penjuru dan Tarik Tali Bendang.


Menurut ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood, program sebegini wajar diTeruskan demi memasyarakatkan penduduk setempat dan sebagai platform mengeratkan hubungan antara rakyat dengan pemimpin.


“Saya sangat berbesar hati dengan sambutan yang hangat diberikan oleh penduduk kampung. Walaupun aktiviti ini jarang dilaksanakan, tetapi melihat sambutan ramai ini amat mengagumkan saya,” ujarnya.


Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli Dewan Negara, Senator Dato’ Ahmad Yahaya yang hadir merasmikan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tiada ulasan