Header Ads

test

ADUN PANTAI MERDEKA HIDUPKAN TRADISI BUDAYA BERKELAH


SUNGAI PETANI - Tradisi berkelah yang telah lama dipinggirkan dihidupkan kembali oleh ADUN Pantai Merdeka, YB Ustaz Ahmad Fadzli Hashim bagi mengeratkan hubungan bersama komuniti.


Katanya, antara tempat yang diadakan aktiviti ini di perkampungan Kota Kuala Muda, Keda tepi sungai, Keda Tukang Jusoh, masyarakat Kampung Permatang Katong, Kampung Masjid Kuala dan banyak lagi.


“Tradisi budaya berkelah harus dikekalkan dan dihidupkan kembali kerana ia juga merupakan sebahagian daripada cara hidup atau adat resam dalam masyarakat khususnya apabila adanya kenduri kahwin, perayaan mahupun sesuatu majlis ilmu. Masyarakat setempat akan bergotong royong memasak dan berkelah bersama-sama menjamu selera.


“Budaya berkelah mendatangkan banyak kebaikan dan faedah kepada masyarakat antaranya dapat mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan masyarakat setempat terutamanya komuniti kejiranan,” ujarnya.


Beliau yang juga merupakan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri berkata, nilai perpaduan perlu dipupuk bermula dari komunitit kejiranan yang baik.


“Bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “bagai aur dengan tebing” merupakan kata yang dapat dijadikan contoh bahawa nilai perpaduan dan kerjasama itu sangat penting dalam sesebuah masyarakat kejiranan. 


“Dengan adanya semula tradisi budaya berkelah dalam masyarakat, hubungan silaturrahim dikalangan penduduk juga dapat dieratkan dengan adanya aktiviti ini. Gotong-royong adalah amalan yang dilakukan oleh masyarakat secara bekerjasama dalam penyediaan makanan berkelah secara sukarela,” ujarnya lagi.


"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan