Header Ads

test

SEKELUARGA HUNI BANGSAL BULUH DAPAT PERHATIAN ADUN KUALA NERANG


KUALA NERANG – Akibat daripada kesempitan hidup, Norfariza Zainol, 39, mengambil keputusan untuk tinggal di bangsal kebun getah milik ayahnya di Kampung Bukit Ular.


Katanya, sebelum ini dia tinggal bersama ayahnya bersama 15 ahli keluarga yang lain.


“Rumah yang saya tinggal bersama keluarga sebelum ini sempit, jadi saya ambil keputusan untuk pindah ke bangsal kebun getah milik ayah saya,” ujarnya.


Nasib yang  menimpa Fariza mendapat perhatian ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusof@Munir Haji Zakaria yang hadir setelah menerima maklumat daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Padang Gelanggang.


Bangsal daif itu dihuni bersama suaminya, Rosdi Omar, 50, yang berkerja sebagai pengawal keselamatan di Syarikat Perladangan berhampiran bersama dua lagi anaknya berusia 13 dan lima tahun.


Apa yang lebih menyedihkan, teratak itu diperbuat daripada buluh dan tidak mempunyai tandas serta bekalan elektrik dan air bersih.


Keadaan itu berlarutan selama 10 bulan menjadi tempat berlindung mereka sekeluarga.


YB Munir hadir menyampaikan sumbangan beras sejahtera dan pek makanan.


“Saya akan memanjangkan permsalahan ini ke pihak atasan untuk mencari alternatif lain bagi membantu mereka sekeluarga,” ujarnya.


Hadir sama, Pegawai Khas Kanan Menteri Besar Kedah, Ustaz Nurul Amin Hamid.

Tiada ulasan