Header Ads

test

KEKALKAN SEMANGAT HORMAT ANTARA SATU SAMA LAIN


KULIM - Walaupun negara tengah sibuk untuk menghadapi Pilihan Raya ke-15 (PRU15), kaum India tetap meneruskan persiapan bagi meraikan perayaan Deepavali pada tahun ini.


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India, YB Dato’ Azman Nasruddin berkata, sambutan ini perlu diraikan dengan penuh kegembiraan sebagai lambang keharmonian hidup bersatu padu dan saling menghormati antara satu sama lain.


“Hati yang bersih dan sikap yang baik ini bukan perlu ada pada orang India sahaja, tetapi semua orang tidak kira kaum dan agama dalam kita hidup bermasyarakat dengan latar belakang yang berbeza.


“Masyarakat kita ini seumpama sebuah keluarga besar. Banyak perkara yang kita kongsi bersama .Justeru, masing-masing perlu ada hati yang baik, saling menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain.


“Dengan itu barulah kita boleh hidup dalam suasana yang aman harmoni, tidak menyusahkan orang lain, dan tidak menjadi ancaman yang boleh menakutkan orang lain,” ujarnya.


Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar Kedah merasmikan Sambutan Hari Deepavali yang dihadiri seramai 1000 kaum India di Dewan Hindu Sabha, Kulim pada Sabtu.


Beliau turut memaklumkan, tiga agensi kebajikan menerima sumbangan RM1,000 daripada Pejabat Menteri Besar Kedah.


“Tiga agensi tersebut ialah Persatuan Kebajikan Ppsivam Daerah Kulim, Pusat Jagaan Rumah Mentari dan Pertubuhan Kebajikan Kanak Kanak Batu Grace, Kulim,” jelasnya.

Tiada ulasan