Header Ads

test

LANGKASUKA VILLAGE : UBAH LANDSKAP PELANCONGAN LANGKAWI


LANGKAWI - Pembinaan Langkasuka Village bernilai RM40 bilion bakal mengubah landskap sektor pelancongan di Langkawi.

Projek mega berkeluasan hampir 2000 ekar itu menurut Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjadi produk ikonik dan tarikan baharu ke Langkawi apabila siap sepenuhnya kelak.

Tambah beliau, Langkasuka Village Fasa pertama menjadi perintis kepada projek mega dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 5 tahun.

“Ia merangkumi kompleks beli- belah, hospital, kediaman, rekreasi, institusi pengajian tinggi dan sebagainya.

”Dengan pelaburan sebanyak ini, insya Allah Widad Langkasuka sangat membantu rakyat Kedah terutama dari segi peluang pekerjaan,” katanya dalam Majlis Pecah Tanah Projek Langkasuka Village di Langkawi.

Menurut Muhammad Sanusi, Inisiatif Permit Pembinaan Ekspres atau E10 menjadi kunci kejayaan dengan membawa masuk pelaburan sebanyak RM68.3 bilion pada tahun lalu dan suku kedua tahun ini sebanyak RM9.7 bilion.

“Kita yakin pencapaian tahun ini sekali lagi akan jauh mengatasi sasaran tahunan pelaburan bawah Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang hanya RM10 bilion,”ujarnya.


 

Tiada ulasan