Header Ads

test

KEM SMART SOLAT BANTU MURID KUASAI ILMU SOLAT

KUALA NERANG - Seramai 118 murid Sekolah Kebangsaan Padang Terap (SKPT) berumur lima dan enam menyertai Kem Smart Solat anjuran Masjid Padang Nyor yang dirasmikan ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusof@Munir Haji Zakaria.


Haji Munir berkata, program sebegini perlu dilaksanakan di semua tempat bagi memperluaskan ilmu ibadah di kalangan murid-murid.


“Saya amat mengesyorkan aktiviti sebegini diketengahkan diperingkat murid-muridsupaya cepat menguasai ilmu ibadah disamping mengadakan praktikal solat.


“Objektif utama program ini adalah memastikan murid-murid dapat menguasai ibadah seperti wuduk, tayamum, solat fardu, dan solat berjemaah dengan betul dan tertib. 


“Selain itu, ojektif utama kem ini adalah mendidik murid-murid agar menitik beratkan ibadah solat dalam kehidupan seharian dan murid-murid boleh melakukan solat dengan sempurna samada secara bersendirian atau berjemaah dengan harapan dapat melahirkan Generasi Rabbani yang bersahsiah terpuji sebagai seorang muslim yang beragama Islam,” ujarnya.


Beliau juga mengharapkan agar semua peserta dapat mengambil perhatian yang khusus dan amalkan semua ibadah yang dipelajari.


“Saya mendoakan agar semua peserta yang hadir ini menjadi insan yang soleh dan solehah serta berjaya di dunia dan di akhirat,” katanya lagi.

 

Tiada ulasan