Header Ads

test

SISTEM GEOTANAMAN KUKUH EKONOMI USAHAWAN TANI


SUNGAI PETANI - Jabatan Pertanian telah membangunkan Sistem GeoTanaman secara digital bagi memperkasakan ekonomi usahawan tani khususnya dalam menyediakan bekalan makanan yang berkualiti dan selamat dimakan.


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Makanan, YB Dato’ Azman Nasrudin berkata, sistem itu memberi kebaikan dan kelebihan kepada para petani dan pemborong dalam membuka ruang pasaran yang lebih luas.


“Sistem ini juga dapat menjadi pengeluaran hasil yang terancang mengikut pemintaan dan penawaran serta beberapa kelebihan dalam sistem ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh petani dan pemain industri makanan.


“Saya ingin menekankan kepada semua ketua pemimpin masyarakat tempatan untuk mewar-warkan kepada semua petani atau pemain industri di kawasan yang diwakili supaya mendaftar dan memanfaatkan sepenuhnya Sistem GeoTanaman. 


“Kerana impaknya akan memberi kesan secara langsung kepada rakyat dalam mendapatkan bekalan tanaman makanan yang segar dan pada harga yang berpatutan dan seterusnya boleh merancakkan ekonomi negeri Kedah yang terkenal dengan negeri pengeluaran makanan,” ujar.


Ujarnya ketika merasmikan Program Jelajah Sistem GeoTanaman Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Kedah di Hotel Park Avenue, pada Sabtu.


Azman berkata, setiap sistem yang dibangunkan tidak akan memberi manfaat sekiranya tidak mendapat kerjasama dan komitman daripada semua pihak.


“Oleh itu, saya menyeru semua yang berada di dewan ini khususnya pemain industri makanan yang telah berdaftar untuk bersama-sama menyokong langkah transformasi digital pertanian negara ini bagi memberi kebaikan kepada kita semua.


“Saya juga berharap program ini akan menjadi pencetus kepada penggunaan sistem GeoTanaman yang aktif dan meluas di negeri Kedah,” ujarnya lagi.


Beliau difahamkan, lebih 116 pengguna sudah berdaftar melibatkan pemain industri makanan negeri Kedah dengan Sistem Geotanaman ini.


Turut hadir, Ketua Pengarah Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia, Dato' Zahimi Hassan; Pengarah Pertanian Negeri Kedah, Ramli Abdul Rahman; Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Mohd Juwaidi Mahmud dan Wakil Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, Mario Valeriano.

Tiada ulasan