Header Ads

test

KERAJAAN NEGERI KESAL KONSERT HARAM, CEMAR NAMA KEDAH


ALOR SETAR - Kerajaan negeri kesal konsert 'haram' yang diadakan di perkarangan Balai Seni, Alor Setar itu mencemarkan nama negeri Kedah. 


Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia, YB Brigediar Jeneral Dato' Haji Najmi Haji Ahmad berkata, beliau difahamkan kelulusan hanya diberi melibatkan busking dan jualan trak makanan sahaja. 


"Program itu bermula awal pagi dengan tentatif yang disusun oleh penganjur ketika itu semua nampak okay... ada jualan dan sebagainya, tapi di penghujung program ada konsert pula.


"Pengisian yang macam itu amat-amat tidak wajar dan mencemarkan nama baik kita. (Negeri) kita tercalar dengan acara begini. Saya merakamkan kekesalan dengan apa yang berlaku," katanya. 


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas video yang tular hari ini memaparkan aksi anak muda yang sedang melompat dan menari di dataran tersebut. 


"Saya berharap pihak penganjuran supaya lebih berhati-hati dan sentiasa memantau program yang dilaksanakan. 


"Dataran tersebut sepatutnya dianjurkan aktiviti yang bermanfaat, bukannya konsert begini yang melalaikan," tegasnya lagi.


Sementara itu, Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Zaid Ahmad, menjelaskan pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada pihak penganjur untuk mengadakan konsert dalam tentatif program itu. 


"Lesen hiburan di bawah bidang kuasa Pejabat Daerah Kota Setar. Pihak saya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara ini, termasuk memanggil penganjur untuk mendapatkan penjelasan," katanya.


#UPDA

#UrusSetiaPeneranganDarulAman

Tiada ulasan