Header Ads

test

SUKAN RAKYAT ERAT SILATULRAHIM


KUALA NERANG – Sukan rakyat merupakan satu wadah bagi mengeratkan hubungan sesama penduduk kampung ke arah perpaduan ummah dan juga sebagai alat menyatukan rakyat daripada pelbagai latarbelakang fahaman dan parti politik. 


Berikutan itu, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Lubuk Labi bersama Unit Daerah Mengundi (UDM) Kampung Tanjung Padang Terap dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kuala Nerang telah mengambil inisiatif menganjurkan sukan rakyat ini.


Pelbagai acara disusun antaranya mencari gula-gula dalam tepung, mengail botol, lari kasut tempurung serta bowling buah kelapa.


ADUN Kuala Nerang, YB Haji Mohamad Yusof@Munir Haji Zakaria berkata, sukan rakyat ini mampu menarik minat dan menghimpunkan komuniti setempat turun padang bersama-sama.


“Program seperti ini bukan sahaja untuk berseronok malah mampu mengikat hati penduduk untuk turun bermasyarakat.


“Menerusi acara seperti ini, permainan yang diadakan secara berkumpulan itu dapat membuatkan anak-anak lebih teruja dan gembira kerana mereka boleh mencuba sukan yang jarang-jarang dilihat pada masa kini.


“Disamping bersukan dan bersukaria, sebagai seorang Islam kita mesti memelihara batas-batas syara' di mana sahaja atau ketika mana sekalipun, serta menunaikan perintah Allah SWT seperti solat dan meninggalkan larangan Allah SWT seperti rasuah, menipu dan menzalimi orang lain,” ujarnya ketika merasmikan program ini.


Beliau juga merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan menjayakan sukan rakyat ini yang mampu menarik minat orang ramai turun ke lapangan.


Hadir sama, Pengerusi JPKK, Saludin Ibrahim.

Tiada ulasan