UNISHAMS INSTITUSI KEBANGGAAN RAKYAT - MB KEDAH
KUALA KETIL – Kerajaan negeri memberi perhatian yang serius dalam menjadikan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) sebagai sebuah institusi kebanggaan rakyat negeri Kedah.
"Saya memberi jaminan kepada semua ibu bapa yang hadir pada hari ini bahawa Kerajaan juga komited untuk mengekalkan geran tahunan," ujar Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam Majlis Konvokesyen UniSHAMS kali ke 24 di sini hari ini.
Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah UniSHAMS berkata, kini UniSHAMS bergerak seiring untuk menjadi satu institusi pendidikan penting di dalam Pelan Pembangunan Kedah 2035.
Beliau berharap para graduan dapat menjadi duta kecil untuk membawa jenama UniSHAMS walau di mana sahaja berada.
Tambah Menteri Besar, universiti bukan sahaja tempat mencari ilmu sahaja tetapi juga tempat untuk bergaul dengan rakan-rakan dalam satu persekitaran yang dibentuk dan dikawal oleh cerdik pandai daripada naib cancelor dan para pensyarah.
Jelasnya persekitaran inilah yang sebenarnya membentuk kapasiti dan keperibadian mahasiswa yang berjaya melangkah ke mana-mana menara gading.
"Adik-adik kena belajar berjalan secara sendiri, hadapi keperluan dan cabaran ini dengan penuh semangat dan kesungguhan, tidak hanya berharap ia disediakan oleh ibu bapa kita," katanya.
#MediaMBKedah
#UrusSetiaPeneranganDarulAman
Post a Comment